Monday, August 18, 2008

sebagai renungan bersama

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makan ke atas lantai.Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita alat mewarna. Kita membalas budinya dengan mencontengkan dinding di rumah.Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.Semasa kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit “ SAYA TAK MAHU KE SEKOLAH”.Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membeli belah dan ke rumah kawan. Kita membalas budinya dengan tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budinya dengan asyik menonton TV sebaik Ibu keluar dari rumah.Semasa kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan kita setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan menguncikan diri dan bersendirian di dalam bilik.Semasa kita berumur 17 tahun, Ibu menangis gembira apabila kita lulus cemerlang dalam peperiksaan. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.Semasa kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang simpanan yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg hingga ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu dengan tidak bersalaman dengan Ibu, takut malu dilihat kawan-kawan.Semasa kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin hubungan kita dengan pasangan bercinta kita. Kita membalas budinya dengan berkata “IBU NI KEPOHLAH”Semasa kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita apabila tamat pengajian nanti. Kita membalas budinya dengan berkata “ SAYA TAK MAHU JADI MACAM IBU”.Semasa kita berumur 25 tahun, kita mendirikan rumahtangga, Ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan berpindah 300 km jauh darinya.Semasa kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi kita. Kita membalas budinya dengan berkata “ZAMAN SEKARANG LAIN IBU”.Semasa kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampong. Kita membalas budinya dengan berkata “SAYA SIBUK..”.Semasa kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang kita. Kita membalas budinya dengan datang melawat dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.…. Dan kemudian pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat lagi membalas segala budi Ibu. Ingatlah selagi Ibu masih ada, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu meninggal dunia, ingatlah jasa Ibu. Jadilah anak yang soleh yang sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraannya

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template