tag:blogger.com,1999:blog-42282088456294013102024-02-19T02:41:53.625-08:00pedangjibril.blogspot.com(ad_Dinul Islam kulluhu)Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.comBlogger30125tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-45023474307073448182013-05-06T04:11:00.000-07:002013-05-06T04:14:58.521-07:00Analisis PRU 13Dari dr zaki selangor
Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-10953190868344146592012-10-21T07:22:00.002-07:002012-10-21T07:22:50.262-07:00Aku Dan Doa
Aku berhenti daripada melangkah, kakiku seakan menjadi berat, mungkin menunggu arahan selanjutnya daripada otak yang mengawal segala pergerakan. “Ya Allah bimbinglah aku… jangan Kau biarkan aku kuasai diriku sendiri walau hanya sekelip mata. Aku tidak tahu sama ada haluanku masih dalam lingkungan rahmatMu”.
Aku ingin keseluruhan hidupku berada di bawah naungan rahmat Allah. Aku berdoa kehadratNya agar aku tidak ego dengan kurniaanNya. Aku mengangkat tangan, menadah ke langit memohon pada yang Esa. Aku cuba meminta, mengharap agar diqabulkan dan aku tahu Tuhanku takkan hampakan permintaan hambaNya.
Aku sudahpun jauh daripada tempat berhenti tadi, berjalan melangkah maju ke tempat di mana manusia berkumpul untuk mendekatkan diri pada Pencipta. Antara dua persimpangan kehidupan, aku bermohon agar Allah yang tentukan supaya kebaikan sampai padaku.
Kitab Allah, aku jadikan santapan rohani. Makin kubacakan makin berminat diri ini. Tatkala singgah pada ayat yang menceritakan perihal kiamat, terasa jernih air mengalir membasah pipi. Lalu hati terus mengingini suatu kehidupan indah selepas mati.
“Ya Allah berikan kami kebaikan di dunia dan berikan kami kebaikan di akhirat. Dan jauhkan kami dari api neraka”.
Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-72092977520819490292012-10-17T18:51:00.002-07:002012-10-17T19:17:33.698-07:00UKHWAH GEN 5: KINABALU MELAMBAI
“Hello… Assalamualaikum, anta katne Zim?” Pertanyaan pertama yang keluar daripadaku tatkala panggilanku disambut oleh Azim. Kami bertujuh termasuk Muhammad Azim, anak kepada akhi Zaki dan Masyitah menunggu beberapa ketika setelah Azim memberitahu akan sampai sebentar lagi bersama sahabat kami Saipul yang merangkap juru pandu sepanjang berada di Sabah.
Setelah melepasi pemeriksaan imegresen, kami hanya duduk menunggu di Terminal 2, Kota Kinabalu International Airport, KKIA. Azim dan sahabat yang lain tiba di terminal dengan hati yang girang, namun kami terpaksa menunggu empat lagi sahabiah yang ketinggalan penerbangan pertama. Selepas dua jam setengah daripada LCCT, mereka semua tiba di terminal. Kami menuju ke Kundasang yang mengambil masa lebih kurang dua jam.
Kundasang
Dalam perjalanan, bermacam cerita dan luahan yang keluar daripada kami. Maklumlah baru bersua setelah sekian lama. Cerita masa dulu, sewaktu bersama dalam satu pengajian mencari sedikit ilmu. Pengalaman bersama diluahkan kembali dalam masa yang sesingkat perjalanan ke Kundasang.
Jalan berbukit dan berliku menghilangkan rasa mengantuk yang sentiasa mendampingi mata semasa dalam perjalanan. Namun ada juga yang kalah di pertengahan, dibuai mimpi sebagai permainan.
Jam di tangan menunjukkan 4.55 petang. Kereta Proton Saga milik Saipul berhenti di suatu tempat yang seakan pasar. “kita telah sampai ke Kundasang, nun di atas sana adalah tempat penginapan kita semua.” Tidak berapa lama di situ dengan udaranya yang sejuk, kami menuju ke Walai Tokou Homestay. “Selamat datang ke Kundasang” sambut abang Daimin dengan kemesraan. Abang Daimin ialah pemilik Walai Tokou Homestay dan merupakan seorang guru.
Malam pertama di Sabah, kami hanya berjalan-jalan di sekitar Pasar Kundasang menghirup udara malam yang amat sejuk. Sugguh indah kejadian alam yang Allah ciptakan. Sejuk, panas, lembab dan kering semuanya ada hikmah untuk manusia. Adakah manusia berfikir.
Ni’mat Tuhan
Pagi itu, hari jumaat 5 oktober 2012, kami ke Taman Kinabalu yang tidak jauh daripada tempat penginapan. Kami meredah Kinabalu walau hanya menggunakan van. Kesejukan menggigit tubuh. Mujur semuanya bertemankan baju sejuk yang dibawa bersama menjadi sahabat karib sepanjang berada di Sabah.
Di situ kami diberi peluang berucap seorang demi seorang. Bermacam madah yang ditutur oleh sahabat-sahabiah. Hari itu juga di tempat yang sama, modul dicipta, epal dikupas bersama tanpa terputus kulitnya. Walau hanya begitu rupa, kami faham maksudnya. Ukhwah bermula tidak terpadam selamanya dan membawa ke Syurga.
Kegembiraan di Taman Kinabalu, Ladang Lembu Kundasang, Ladang Teh Sabah dan Kolam Air Panas Ranau. Semuanya kami abadikan dalam kenangan.
Iman Diuji
Pulau Manukan dan pulau Memutik, itulah dua pulau yang kami kunjungi semasa berada di Sabah. Selepas urusan pembelian tiket selesai, kami memulakan perjalanan ke pulau Manukan. Lebih kurang 10 minit berada dalam bot, kami tiba di jeti.
Pemandangan yang indah dek kehijauan pokok-pokok dengan dihiasi batu-batu menjadikan kami sangat teruja dengan ciptaan Allah. Air yang jernih memungkinkan kami melihat isinya yang pelbagai. Ikan yang berlegar, terumbu karang yang berkilau dan juga batu-batu menghiasi pemandangan mata. “Subhanallah…maha suciMu ya Allah” diriku bermonolog.
Namun aku kecewa bila mana keindahan itu dicemari dengan aksi jemuran orang putih dan lagak warga asing yang hanya berbaju mandi. Tetapi patutkah kita salahkan mereka.kenapa tidak bertanya pada diri, patutkah aku mendatangi tempat sebegini. Imanku teruji…
Pandangan mata harus ditundukkan, nafsu muda harus dikawal. Tetapi aku percaya, bila di tempat sebegitu rupa…kita takkan terlepas dari dosa. Mungkin ujian besar ini tidak terasa jika iman tidak menebal di dada.
Dalam keletihan bermain dengan kemasinan pantai, kami pulang ke Kundasang dengan tujuan merebahkan badan di atas tilam yang empuk. Aku tidak tahu apa yang berlaku di sepanjang perjalanan pada malam itu. Aku rebah, kalah dengan keletihan yang menimpa. Hanya tersedar dari lena bila van telah berhenti di hadapan rumah penginapan.
Selamat Tinggal Sabah
Ahad, 7 Oktober 2012… Selepas membeli belah di Kota Kinabalu, kami tahu akan meninggalkan Sabah, negeri bawah bayu itu. Entah bila lagi kami akan sampai lagi. Kami juga tahu perjumpaan ini akan ditangguhkan sehingga ke hari dan waktu yang telah ditentukan.
Kenangan-kenangan disimpan dalam kotak pemikiran, diabadikan sebagai kenangan berharga bagi kami semua. Selamat tinggal Sabah… Walaupun masih banyak lagi tempat yang belum kami jejaki. Namun kami berpuas hati dengan program ini yang mengumpulkan sahabat-sahabiah dari keluarga Gen-5.
Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-55150880859281731472012-04-28T17:57:00.001-07:002012-04-28T18:13:30.470-07:00PERMULAAN INSTITUSI KELUARGA (samb.)Alhamdulillah...hari ini sy ingin menyambung lagi pnulisan yang mungkin tergantung sebelum ini. Dalam permasalahan yang timbul di kalangan remaja, dalam bab yang pertama, iaitu ditujukan kepada ibu-bapa...yang mana menjadi institusi yang pertama dalam membentuk generasi yang baru. Kalau sebelumnya, tulisan ini lebih tertumpu kepada individu yang diberi ruang untuk memilih. Di kesempatan ini pula saya akan bawakan sambungannya...
Bahtera Pertunangan
“Ke mana kita akan melangkah selepas pertunangan?”. Pasti semua orang akan menjawab “ke mana lagi kalau tak ke gerbang perkahwinan”. Nanti dulu, ingatkah kita ayat yang disebutkan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 54 yang bermaksud “…mereka merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancang ialah Allah”.
Cuba kita lihat di Malaysia khususnya, banyak bahtera pertunangan yang berakhir dengan karam di lautan. Bermacam alasan yang dikemukakan, namun apa yang perlu dimengertikan ialah perihal jodoh yang tidak kelihatan. Redhalah dengan qadha’ Tuhan, namun ketahuilah nabi menyebut yang diriwayatkan oleh Tirmidzi “tidak akan berubah sesuatu qadha’ melainkan dengan doa”.
Berbalik pada kerosakan muda-mudi di zaman ini, apa yang perlu dimengertikan oleh umat ini adalah umpama buah yang dihasilkan bergantung kepada pokok yang tumbuh dan membesar. Sihat pokok itu, maka sihatlah buahnya. Kalau diselusuri dengan terperinci peringkat pembinaan institusi keluarga, maka kita akan perolehi bahawa pertunangan itu adalah salah satu anak tangganya.
“Apa yang salahnya dengan pertunangan kami?” pertanyaan inilah yang keluar daripada mulut-mulut yang sedang dan telah melalui gerbang pertunangan itu. Apakah kita mengamalkan zaman pertunangan itu mengikut agama atau mengikut adat? Kalau kita mengamalkannya mengikut kehendak agama, alhamdulillah…tapi apa pula kalau sebaliknya.
Perasankah kita dengan apa yang dilakukan semasa melalui jalan menuju alam rumahtangga. Adakah jalan itu lurus tanpa ada penumpang yang jahat yang menginginkan jalan itu dikongsi bersama menuju ke neraka. Ketahuilah olehmu bahawa penumpang itu adalah syaitan laknatullah. Alangkah baiknya jalan yang dilalui itu jalan yang penuh dengan keberkatan, penuh dengan kerahmatan daripada Tuhan yang sememangnya suka kepada kebaikan.
Kebanyakan alam pertunangan di kalangan muda-mudi sekarang banyak yang menyeleweng daripada kaedah sebenar. Mereka menganggap pertunangan itu sebagai tiket untuk mereka berjumpa tanpa segan silu, membonceng ke sana-sini, berborak tak kira waktu. Kalau ditegur, tentu sekali jawapan mereka sama “kami dah bertunang bang”. Itulah yang seringkali saya dengar apabila mengikuti ekspedisi dakwah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan mereka.
Tahukah kamu semua, seorang lelaki dan seorang perempuan itu biarpun telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau mendapat apa-apa hak yang diberikan kepada pasangan yang telah berkahwin.
Walaupun telah terikat, namun ia mungkin terputus atau terbuka ikatannya. Oleh sebab itu nabi telah mewasiatkan kepada umatnya supaya merahsiakan hubungan itu melalui sabdanya
“rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(hadis riwayat Ahmad)
Untuk tujuan membina generasi baru yang mempraktikkan ajaran nabi Muhammad dalam kehidupan mereka dan bagi memastikan Islam bukan hanya pada nama, maka peringkat-peringkat baitul muslim mestilah dijaga dan disirami dengan Quran dan sunnah.
Maligai Perkahwinan
Dalam kehidupan ini sudah menjadi fitrah manusia menginginkan pasangan sebagaimana bapa kepada manusia, Adam memohon kepada Allah agar diciptakan seorang teman kerana kesunyian. Lalu Allah menjadikan hawa sebagai isteri kepada Adam.
Namun apakah yang kita faham dengan falsafah perkahwinan. Adakah kita tak terfikir perkahwinan itu bukan sementara, bukan pula untuk memuaskan nafsu semata. Namun perkahwinan itu adalah wadah untuk mendapatkan zuriat dan meramaikan umat nabi Muhammad.
Ramai orang yang menggunakan alasan untuk meramaikan umat Muhammad, alhamdulillah…tapi mereka tidak pula mendidik anak-anak menjadi seorang umat nabi Muhammad yang sebenar. Maka timbullah manusia di hari ini, ramailah remaja yang tidak menjadikan adab dan akhlak islam sebagai penghias diri.
Daripada perkahwinan datangnya zuriat, mereka itu umpama kain yang putih yang menunggu dicorakkan dengan apa juga warnanya, merah, kuning, hijau, biru atau bercampur warnanya. Tetapi ingatlah satu waktu nanti, anak-anak ini akan menyalahkan kedua ibu-bapa jika coraknya begitu jelek.
Siapa patut dipersalahkan dalam hal ini, adakah ibu-bapa atau mereka yang lain. Mungkin ibu bapa mengatakan mereka tidak punya banyak ilmu agama, malahan pula anak-anak banyak menghabiskan masa di sekolah, tambahan ibu bapa bekerja keduanya.
Tidak berfikirkah mereka sebelum melahirkan, sebelum berkahwin. Alasan sebegitu tidaklah memadai kerana banyak anak-anak yang soleh dilahirkan dari kalangan ibu-bapa yang tidak berpendidikan agama, dari kalangan ibu-bapa yang bekerja, malah anak-anaknya tinggal di asrama.
Permulaan Tarbiyyah
Ingatlah wahai para suami, kita semua akan dipertanggung-jawabkan… Suami adalah pengemudi bahtera, jika betul haluannya maka bahtera itu akan sampai ke tempat yang dituju dengan cepat dan selamat.
Isteri-isteri adalah amanah bagi kita para suami, jangan disia-siakan amanah itu yang datangnya dari Allah. Isteri juga adalah jalan antara dua jalan, ke syurga atau ke neraka.
Pilihlah wahai para suami, jalan keredhaan atau jalan kemurkaan.
“Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana yang kamu mahu” (al baqarah: 223).
Namun Allah tidak membenarkan nafsu dipuaskan melalui dubur atau disebut anal sex. Siapa tidak mahu anak yang soleh…tapi doa tidak dibaca ketika mendatangi isteri, Allah dilupakan lantaran nafsu.
Doa itulah tarbiyyah ibu-bapa kepada anak yang bakal lahir. Jika Allah sentiasa di hati, penumpang yang jahat tidak kesampaian untuk berkongsi jalan. Doa itu senjata bagi umat Islam.
Suami juga mestilah mencurahkan nafkah zahir dan batin. Apa yang nak disebut di sini ialah nafkah batin yang berupa ilmu agama dan akhlak islamiah yang wajib diberikan kepada tanggungan yang terdiri daripada isteri dan anak.
Kalaulah si suami memberi didikan agama kepada isterinya, nescaya keruntuhan moral di kalangan anak muda zaman ini tidak seteruk yang dilihat. Allah berfirman yang bermaksud:
“wahai orang-orang yang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”
( surah Tahrim: 6 )
Suami juga ada disebut oleh nabi di kalangan 4 orang yang ditarik oleh wanita ke neraka. Mereka itulah yang tidak menjaga ahli keluarganya seperti yang telah disuruh Allah. Apakah mungkin kita dapat menghindari keruntuhan moral di kalangan muda mudi jika ibu bapa tidak mengambil kisah dengan pentarbiyahan anak-anak mereka.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-8019965419234321862012-04-02T17:02:00.002-07:002012-04-02T17:27:38.162-07:00PERMULAAN INSTITUSI KELUARGASebelum ini, saya ada menulis satu persoalan yang telah diketengahkan dalam satu kem ibadah dan telah merumuskan beberapa faktor (daripada jawapan peserta) yang menyumbangkan kepada berlakunya keruntuhan moral dan kebiadaban kebanyakan remaja kini. Di kesempatan ini saya ingin mengemukakan faktor daripada IBU-BAPA.
Sebagaimana peringkat yang dikemukakan oleh sebahagian ahli gerakan islam dalam membentuk semula khilafah Islam, baitul muslim atau pembinaan keluarga muslim diletakkan di tangga kedua selepas individu muslim dan diikuti dengan masyarakat Islam, negara Islam, dan menuju kepada khilafah Islam.
Baitul muslim sangat penting ke arah menuju khilafah kerana daripada situlah dapat melahirkan generasi baru yang berjiwa pemimpin dan mengamalkan Islam secara keseluruhannya sesuai dengan firman Allah dalam surah al baqarah ayat 208 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”.
Membentuk baitul muslim merupakan satu himpunan dua manusia berbeza jantina dengan akad yang disertakan dengan saksi dan disetujui wali. Adakah cukup sekadar semua itu untuk membina generasi yang mengamalkan Islam seluruhnya?.
Ke manakah hilangnya kewalian Abu Bakar as-siddiq, kepahlawanan Umar al-khattab, dan keadilan Umar Abd Aziz, ke mana perginya sifat kewanitaan Fatimah az-zahra, Khadijah al-kubra, dan Aisyah ar-ridha. Mereka semua telah mempraktikkan ajaran rasulullah dengan sepenuh jiwa.
Anak remaja malahan yang telah dewasa sekalipun di hari ini ada yang tidak mengenali nama sahabat-sahabat nabi apatah lagi sifat-sifat mereka. Minat mereka tidak lagi kepada sirah-sirah Islam.Ramai yang telah terpedaya dengan 3F yang dibawa oleh yahudi iaitu food, fasion, dan fun.
Maka dimanakah kita ketika ini?. Wahai umat nabi Muhammad, marilah sama-sama kita menjadikan Islam sebagai kehidupan kita. Kita berganding bahu membanteras kepupusan adab-adab dan akhlak-akhlak yang ditunjukkan oleh nabi kita Muhammad s.a.w. Mulakanlah dengan diri kita dan seterusnya pilihlah isteri daripada kategori yang telah disarankan oleh nabi Muhammad s.a.w.
Bijak Memilih
Kalau dulu dalam bab kahwin pun ibu bapa yang tentukan, anak-anak hanya ikut tanpa membantah. Di sini dapat kita lihat ketaatan anak terhadap ibu bapa, tetapi kalau hari ini bolehkah kita mengiyakannya. Mungkin segelintir sahaja yang sanggup.
Suasana sekarang telah banyak berubah dibanding dengan puluhan tahun dulu. Kalau dulu pembangunan tidak di tahap membanggakan, namun mereka punyai adat. Tidak dinafikan banyak adat yang menyalahi agama.
Apa yang penting adat yang tidak menyalahi agama, kita terima agar dapat merealisasikan tujuan adat itu. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar, dan manis dirasa.
Memilih isteri bukannya perkara senang. Keputusan itulah yang akan dibawa sampai mati malahan sampai ke alam yang satu lagi (akhirat). Kalau pilih sayur atau ikan di kedai mudah je, cari yang segar. Tapi nak cari isteri macamana?.
Baliklah kita kepada wasiat nabi Muhammad supaya berpegang kepada al-Quran dan sunnahnya nescaya tidak akan sesat selama-lamanya. Dari itu carilah isteri seperti yang telah disarankan oleh nabi…kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya, maka pilihlah agamanya (lebih baik bagi kamu).
Sanggupkah kita memilih yang beragama, sedangkan diri kita tidak punya ilmu agama. Apakah tanggung jawab isteri atau tanggung jawab suami untuk menafkahkan didikan agama. Ayuhlah wahai para pemuda, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin bermula dari buaian hingga ke liang lahad.
Allah telahpun menggariskan doa di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: wahai Tuhan kami,jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang yang bertaqwa”.
(surah al Furqan: 74)
Jika agama yang dijadikan ukuran, mungkin budaya couple tidak terjadi, kalau mereka hendak keluar pun mereka tidak keluar berdua tanpa membawa mahramnya bersama dan menjaga batas-batas pergaulan.
Apa yang istimewanya cinta sebelum kahwin yang dibanggakn oleh segelintir pemuda pemudi zaman ini, sedangkan banyak langkah-langkah syaitan yang diikuti tanpa disedari. Mereka menganggap diri mereka masih berada di atas landasan syariat, namun yang terjadi adalah sebaliknya.
bersambung...Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-76950635153140830562010-03-12T01:50:00.000-08:002010-03-12T02:15:28.160-08:00Setulus Cintamu...Lahirnya engkau di tengah manusia buta
Engkau membawa sinar cahaya
Menerangi alam yang gelita
Membawa rahmat pada semua
Engkaulah simbol kepada kehidupan
Jika tidak diciptakan engkau...
Semuanya tiada...
Engkaulah kekasih kepada pencipta
namun dirimu bekerja,
Untuk umatmu...
dilontar batu dan dihina,
Untuk umatmu...
Dituduh dan diperang'
Untuk umatmu...
Engkau telah membuktikan cintamu
Di ambang gelombang sakarat
Engkau membisikkan kepada sepupumu
Ungkapan cinta yang sungguh keramat
Umatku...umatku...umatku...
Engkau sanggup meminta beban
Agar ditimpakan semua gelombang itu
Untukmu...bukan pada umatmu.
Ya Allah, aku mohon padaMu
Bertemu nabiMu...
Minum air telaganya,
Dari tapak tangannya...
Ya Allah masukkanlah aku,
Dalam golongan yang mencintai sunnahnya.
Kerana aku tahu...
Mencintai sunnah,
Bererti mencintai nabiMu
Aku juga tahu...
Orang yang mencintai nabiMu
Akan masuk syurga bersamanya
Namun aku ini selalu leka
Pada dua warisan pusaka
Al-Quran dan sunnahnya
Maafkanlah aku...
saif Al-lizam,
26 rabiul awal 1431,
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-43261128911105073102009-11-22T18:31:00.000-08:002010-03-12T02:58:36.699-08:00Di Kala Subuh"Assolatu khairun minan naum..." Lunak dan merdu kedengaran Bilal melaungkan azan. Sayang seribu kali sayang, ramai lagi di kalangan umat Islam yang masih terlelap,lemah dan tak berdaya mengangkat kelopak mata, membuang selimut nipis mereka.
Dibuai mimpi indah bersama puteri raja, berlari-lari anak mengelilingi taman bunga. Pakaiannya bertatah intan permata...Aduhai manusia, kau hanya berteman syaitan durjana, memperindahkan dunia walau hanya sementara, di dalam tidur seketika.
Setengah manusia bangkit kerana terdengar azan dari masjid. Namun, seusai azan, mereka menyambung kembali kerja-kerja menarik selimut. Mereka itu sensitif pada bunyi, tetapi tidak menggunakan kelebihan yang Allah berikan untuk terus bangkit merungkai ikatan syaitan dengan doa, wuduk, dan solat sunat.
Ada juga manusia tidak tidur... menonton filem, melihat perlawanan dengan melepak bersama rakan. (Pelik dan hairan) tatkala azan berkumandang, mulut terbuka luas menguap keletihan, mencari tempat peraduan.
Bagi mereka yang beriman, takut kepada azab Tuhan. Bangun, mandi bersihkan badan. Berwuduk tanda persediaan. Melangkah tegap ke tempat azan dikumandangkan. Jauh atau dekat tidak menjadi alasan.
Marilah kawan marilah rakan, saf yang kosong selama ini kita penuhkan. Kita sujud menghadap Tuhan yang maha Penyayang. Kita sujud mengharap rahmat dan keampunan. Janganlah dipersiakan amalan pertama yang akan disoal. Janganlah diremehkan amalan yang diambil terus dari Tuhan tanpa perantaraan.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-25640731105560297242009-06-23T21:57:00.000-07:002010-03-12T02:58:36.702-08:00العقيدة الصلاحيةSebuah syair yang dikumandangkan oleh bilal-bilal di zaman Salahudin al-Ayubi sebelum
melaungkan azan subuh....
العقيدة الصلاحية
(Hadiah imam Barmaqi kepada Salahudin al-Ayubi)
وصانع العالم لا يحويه
قطر تعالى الله عن تشبيه
Dan pencipta alam tidak diliputi olehnya…
Tempat… Maha suci Allah dari penyamaan.
قد كان موجودا ولا مكا نا
وحكمه الأن على ما كان
Telah wujud Dia tanpa tempat...
Masih lagi sekarang seperti asal-Nya.
سبحانه جل عن المكان
وعز عن تغير الزمان
Maha suci Allah dari tempat…
Maha suci Dia dari berubah dengan masa.
فقد غلا وزاد في الغلو
من خصّه بجهة العلو
Tersangat melampaulah mereka yang berlebih…
Siapa yang mengkhususkan-Nya dari arah atas.
وحصر الصانع في السّماء
مبدعها والعرش فوق الماء
Menetapkan Pencipta di langit…
Membid’ahkan-Nya dengan Arasy yang ada di atas air.
واثبتوا لذاته التحيّزا
قد ضلّ ذوا التشبيه فيها جوّزا
Menetapkan bagi zat-Nya dengan tempat…
Petang itu, 14 Jun 2009 bersamaan 20 jamadilAkhir 1430, selepas mengikut Abdul Bari
menunaikan solat maghrib di masid ar-Rahimah Batu Caves, aku pulang ke kediaman
sementaraku di Taman Desa Gemilang... Akademi Tahfiz Bestari, di situlah aku meletakkan khidmadku mendidik para pelajar... Aku sememangnya kurang pada ilmu, namun itu tidak menghalang aku dari terus mempertahankan pembawaan 'ad-Dinul Islam kulluhu' dalam kehidupan. Aku percaya khidmadku dapat menampung sedikit dari kelompangan yang ada dengan menitik-beratkan akhlak pelajar di situ.
Aku bersyukur, Allah memberikan aku sedikit ilmu di masjid ar-Rahimah melalui kulliyah maghribnya iaitu penerangan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh imam Bukhari yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walau satu ayat" Aku diperjelaskan dengan kepentingan dakwah yang meliputi seluruh manusia. Orang kafir diseru dengan kalimah syahadah, orang yang lalai diperingatkan, orang yang memerlukan nasihat diberikan.
Dalam perjalanan pulang menaiki jeep merah kepunyaan Abdul Bari, kami banyak
berbincang tentang dakwah - namun kami tidak sehaluan pada kefahaman. Aku mengerti
perkara ini biasa pada manusia yang jauh dengan zaman kenabian. Abdul Bari ialah
seorang yang terlibat secara langsung dengan jamaah Tabligh, sesekali dia merelakan diri mengikut bayan dan gasy yang dibawa oleh Dr Nasuha yang popular di kawasan sekitar masjid ar-Rahimah. Dr nasuha ialah seorang yang dianggap membawa reformasi dalam jemaah Tabligh, namun pemikirannya terlalu ekstrimis. Hanya dia dan mereka yang bergerak di bawahnya dianggap beriman dengan apa yang dikehendaki Allah.
"Lillahi! Seluruh manusia tak beriman lagi, hanya mereka yang disini yang
menjadikan setiap hari dengan kerja Nabi sudah beriman." Inilah perkataan yang tumpah ke telingaku daripada Dr Nasuha. Amalan mereka sememangnya amalan yang baik dengan gasy setiap hari selepas sedikit bayan tentang kebesaran Allah selepas waktu subuh. Mereka mengatakan ada kelainan pada mereka dengan jemaah Tabligh yang lain iaitu pada amalan hari-hari kerja nabi (gasy) dan mendakwah orang kafir. Betapa semangatnya mereka, selepas maghrib juga mereka gasy walaupun di masjid ketika itu ada majlis ilmu.
Selepas bayan yang disampaikan oleh Dr Nasuha yang habis kurang lebih pukul 7petang, aku mengajak Abdul Bari ke serambi masjid yang tiada orang. Sambil menanti
tibanya waktu maghrib aku memulakan dengan bicara "Secara jujurnya ana tak dapat terima dengan pemikiran Dr Nasuha yang seakan menolak ijtihad para ulama terdahulu tentang iman, dakwah, jemaah, dan sebagainya. Imam Syafi'e juga pernah berkata mungkin pendapat aku salah, orang lain betul" Abdul Bari masih dengan pemikirannya tetapi ada juga perkara yang tidak dapat diterima dari Dr Nasuha, itupun disebabkan Dr Nasuha dikatakan tidak mengikut tertib yang ditetapkan oleh Nizamudin (markaz jamaah Tabligh di India).
Aku mengeluarkan pendapatku kepada Abdul Bari tentang perpaduan umat. Aku
berpendapat umat ini akan bersatu jika dua perkara ini dipegang dan diamalkan
(insyaAllah). Itulah aqidah yang satu dan sikap 'mungkin kita betul dan dia salah,
mungkin juga kita salah dan dia betul'. Kita sebagai orang awam yang mengikut mazhab
atau pendapat ulamak hendaklah berlapang dada dengan khilaf yang berlaku disamping
berusaha mencari kebenaran. Kita mesti berpegang dengan apa yang digariskan oleh
Nabi s.a.w. bahawa ijtihad ulamak itu kalau benar dua pahala dan kalau salah satu
pahala.
Walaupun kita menggelarkan diri sebagai orang awam, tetapi kita mesti juga
membasahkan dada dengan ilmu terutama ilmu fardhu Ain... Allah s.w.t. mengatakan orang yang beriman yang berilmu diangkat darjat mereka... Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):
"Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang-lahad." Dan Nabi s.a.w. juga pernah bersabda (maksudnya): "Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap muslim" Ulamak menyatakan
arahan sebegini (muslim) termasuk muslimat juga.
Sesampainya aku di Akademi Tahfiz Bestari - Firdaus, seorang Designer yang berasal dari Sabah mengajak aku menemaninya ke Pasar Larut Malam Danau Kota atau dikenali juga dengan nama Uptown. Jam sudah menunjukkan 10.30 malam, namun aku berasa tidak selesa untuk mengecewakan kawan dengan perkara yang aku mampu lakukan. Tubuh yang letih, aku gagahi jua menaiki motosikal menuju ke Danau Kota... Habis berbelanja, kami pulang ke Akademi kurang lebih pukul satu pagi.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-22539195077131672962009-06-16T20:53:00.000-07:002010-03-12T02:58:36.712-08:00CINTA AGUNGBandar Lembah Beriah
12-14 Disember 2008, gabungan empat pertubuhan telah menemui kejayaan dalam melaksanakan program Kem Kerohanian Remaja 2008 (KRR08) yang bertempat di surau Hj Wan Ibrahim, Bandar Lembah Beriah, Perak Darul Ridhuan. Mereka ialah persatuan penduduk Bandar Lembah Beriah, Mafa Training Centre (MAFA), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), dan bomba sukarela Bandar
Lembah Beriah.
Program tiga hari dua malam itu telah meletakkan aku sebagai fasilitator dalam menjayakan program yang mempunyai peserta dari empat buah sekolah sekitar Bandar Lembah Beriah. Walaupun kekurangan tenaga kerja, namun KRR08 telah berjaya memberi kesedaran kepada peserta (selepas melihat respon balas peserta seusai program).
Fasilitator terpaksa juga membantu dengan menanggung tugas sebagai Ahli jawatan Kuasa (AJK) program. Walaupun begitu rata-rata fasilitator yang dilihat, tidak berkira dengan tugas yang dimainkan. Objektif mereka yang utama dalam program itu hanyalah ingin memupuk kesedaran remaja kepada kemurnian akhlak Islam dalam membentuk peribadi generasi yang akan datang. Generasi inilah yang akan menentukan arah tuju negara pada masa akan datang.
Walaupun kebanyakan AJK dan fasilitator khususnya dari MAFA ialah mereka yang datang dari luar negeri Perak, namun semuanya ikhlas dalam menginfaqkan tenaga dan wang ringgit untuk tujuan dakwah Islam. Mereka tidak dibayar satu sen pun untuk perkhidmatan yang diberikan.
Muhasabah
Pagi itu adalah pagi ketiga dan hari terakhir kami di surau Hj Wan Ibrahim. Mengikut
tentatif program, pukul 9 hingga pukul 11 - slot muhasabah (motivasi diri) yang bertemakan ibu bapa. Slot ini adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa kasih sayang anak kepada kedua ibu dan bapanya sekaligus memupuk kesedaran yang tinggi bahawa Islam itu menekankan perihal hak dan peranan.
Hafizudin (salah seorang ahli MAFA) telah menjadi teraju kepada slot ini, manakala Firdaus memainkan peranan memasukkan unsur bunyi. Di situlah juga pertama kali aku mendengar lagu itu. Firdaus telah merapatkan handphonenya ke pembesar suara lalu dipasang lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Qathrunnada.
Lagu itu sungguh menyayat hati si pendengarnya, nadanya yang sedih berulam lirik yang sayu seakan ungkapan doa agar Tuhan menerima perasaan yang bersungguh-sungguh menyintai-Nya. Perasaan di hati ingin melihat Allah dan dipelawa masuk ke dalam syurga-Nya dengan hati redha dan diredhai.
Tidak ingin termasuk golongan yang diisyaratkan Allah dalam surah Insyiqaq
(maksudnya): "Dan golongan yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri) dari sebelah belakang. Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya."
(al-Insyiqaq: 10-11)
Taman Desa Gemilang
Aku kini (Mei 2009) di Sekolah Rendah Akademi Tahfiz Bestari (SRATAB), sebuah sekolah yang baru ditubuhkan. Aku ditaklifkan sebagai salah seorang pembimbing pelajar menuju objektif yang telah digarapkan. Antara objektifnya ialah proses pengajian yang berterusan, melahirkan para hafiz yang berkebolehan dalam semua bidang, membentuk peribadi dan akhlak mulia, dan membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Di sini aku banyak belajar tentang kehidupan. Luahan ibu tunggal (ibu kepada dua pelajarku) membuatkan aku matang. Pengajaran dari seorang lecturer UIA(hakikatnya seorang saluran Allah kepadaku) tentang kejayaan adalah dengan adanya coarch telah membuatkan neuron otakku bersambungan.
Suasana taman di atas bukit memang sesuai untuk bakal-bakal huffaz menghafaz Quran dan pelajaran lainnya. Jauh ke dalam merentasi bukit, tempatnya tidak disangka adanya perumahan. Hanya diketahui umum UIA di kaki bukit, namun jalannya berpanjangan, ke kanan itu lebuh raya, kalau terus jumpalah ia (taman desa gemilang) melalui kampung Sg Pusu.
Taman yang masih baru itu tiada surau, namun penduduk di situ telah dimasukkan hidayah ke dalam hati mereka. Dibinanya surau berbumbung khemah berlantai simen. Paling penting bukan seni binanya, malah aktivitinya hidup dengan solat berjemaah dan sesi kulliyah maghrib. Masyarakat di taman saling berkenalan dan bersama dalam apa jua bentuk aktiviti kemasyarakatan.
Cinta Agung
Di sekolah itulah aku mula teringat tentang lagu yang dimainkan pada slot muhasabah di surau Hj Wan Ibrahim, Bandar Lembah Beriah, Perak. Di taman itu jugalah aku menghafal lirik lagu itu satu persatu. Aku mula menghayati liriknya dalam keadaan berseoarang.
Dalam bilik pejabat, di depan skrin computer, menggunakan ear phone yang disambung pada Control Processor Unit (CPU), aku mendengar sambil mengikut liriknya. Bibirku bergerak perlahan, mataku dipejamkan, tenang mendengar lirik yang membesarkan Tuhan.
Tanpa disedari badan, hati berasa gementar, lalu melelehlah air mata seorang hamba yang merindukan Tuhan. Selepas saat itu, aku telah menjadikan lagu itu sebagai
hidangan harian, makanan jiwa yang berupa kalimah membesarkan Tuhan.
Ya Allah Engkau Tuhanku,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau cinta agungku,
Nabi Muhammad pesuruhMu.
Ya Allah Engkau sumber bahagia,
Engkau sumber keselamatan,
Ya Allah Engkau sumber keamanan.
Engkau adalah segalanya.
Ya Allah Engkaulah pelindungku,
Engkaulah sumber rezekiku,
Di waktu sakit Kau sembuhkan,
Di waktu lapar Kau beri makan.
Ya Allah Engkau cinta agungku,
Cintaku haraplah dibalas,
Ya Allah Engkau cinta agungku,
Janganlah cintaku tidak dibalas.
Jangan biarkanku tanpa pimpinan,
Pimpinlah aku ke jalan yang benar,
Kepada Engkaulah harapanku,
Janganlah hampakan perasaanku.
Dipetik dari:
lirik lagu Cinta Agung
(Qathrunnada)Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-28008811391645905502009-06-16T03:20:00.000-07:002010-03-12T02:57:26.376-08:00Tiga Perkara yang Akan Ditinggalkan"Mereka berbangga dengan ilmu yang ada, ego dengan kemuliaan keturunan yang tersedia, megah dengan harta berjuta, dan sombong pada nama. Apakah mereka lupa semuanya bukan milik mereka, hanya diberi pinjam sementara. Apakah mereka lupa semua itu akan ditanya. Ke manakah dipergunakannya?". Tersusun ayat yang dikemukan oleh ustaz Mad(panggilan glamour bagi ustaz di sebuah kampung di Kelantan) dengan soalan di akhirnya.
Saya ketika itu hanya berada di penjuru kanan di belakang surau. Namun saya dapat mendengar kalimah-kalimah yang disampaikan dengan jelas dan terang kerana speaker tersergam indah dengan kaki besi sebagai tapak hanya berada dalam jarak 8 kaki di tepi. Saya terus menadah telinga mendengar ucapan keramat dari seorang ustaz yang berkelulusan pondok tempatan.
Pelbagai ragam dapat dilihat dalam majlis ilmu itu, dari yang umurnya menjangkau 70-an hinggalah kanak-kanak lingkungan umur 5 tahun. Ada yang menulis untuk menambat ilmu yang didapat supaya tak terlepas, ada pula yang buka topik sesama sendiri di beranda surau, tak terlepas yang mengambil peluang bertanya soalan menginginkan kefahaman. Anak muda pula jarang yang kelihatan, kalau yang ternampak batang hidung hanyalah 2,3 orang.
Umurnya mencecah 60, datangnya dari jauh hanya dengan motor Honda 70CC yang berlampu bulat. Namun dia tidak mengerti jerih, tidak merasa payah datang mengajar manusia, merelakan dirinya menjadi 'saluran Allah' memberi ilmu kepada mereka yang menjadi pilihan Allah. Walaupun ada manusia tidak mahu menjadikan peluang yang ada untuk mengisi jiwa yang gersang.
"Harta, pangkat, isteri semua itu amanah Allah" ustaz Mad menyambung kuliahnya. Ustaz Mad menerangkan bahawa semua yang ada pada manusia tak akan dapat dibawa ke kubur kecuali 3 perkara yang diisyaratkan oleh penghulu segala nabi. Harta itu kalau disedekahkan dengan niat ikhlas, ilmu itu kalau yang dimanfaatkan, dan anak itu kalau yang soleh yang selalu mendoakan ibu bapanya.
Harta, jangan jadikan ia sebagai hak. Lebihkan peranan dalam hidup dengan mengajar dan melatih diri kepada konsep memberi. "tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah" maksud hadis itu telah membuat ukuran, yang memberi lebih mulia dari yang menerima. Hukum Allah juga tidak sama dengan logik manusia. Bila memberi makin bertambah. Manusia pula banyak yang mengikut dan percaya logik akalnya, bila memberi makin habis.
Ilmu, jangan jadikan ia sebagai hak. Lebihkan peranan menyalurkan, menjadikan diri sebagai saluran. Ilmu Allah ibarat air bersih yang melalui paip dari tangki menuju ke tempat kediaman. Jadikan dirimu saluran yang baik kepada ilmu Allah, bukan seperti paip yang berkarat menjadikan air bersih, kuning kemerahan disebabkan karat yang terlekat pada permukaan. Bersihkanlah diri dengan ilmu itu supaya ilmu itu sampai dengan bersih dan suci.
Anak, jangan jadikan ia sebagai hak. Ingatlah bahawa anak itu amanah dari Yang Maha Memberi. Pandanglah ke belakang zaman, lihatlah pentarbiyahan nabi Muhammad yang juga bergelar sebagai ayah dan datuk kepada anak dan cucu. Jangan jadikan zaman sebagai alasan, kerana pendidikan nabi sesuai hingga ke hari di mana unta mengandung dibiarkan dan binatang buas dikumpulkan. Amanah itu mesti dididik dengan Islam. Islam yang kafah dan syumul. Bermula dengan ma'rifatullah sematkan dalam diri anak-anak.
Manusia itu unik,
Dihiasi warna-warna perasaan.
Namun diri yang menentukan,
Mahmudah atau mazmumah.
Kesempurnaan pada kejadian,
Allah nukilkan dalam surah at_Tin.
Namun manusia tidak menghargai,
Diri dan makhluk lain dizalimi.
Aduhai manusia makhluk sempurna,
Kenalkah kau pada Pencipta?
Yang menjadikan kau sebagai khalifah,
Mentadbir dunia dengan agama yang ditegakkan.
Daripada tanah asal keturunan,
Menusia pertama bernama Adam.
Dicampak ke dunia bersama pasangan.
Dek terpujuk oleh makhluk derhaka.
Berkembang biak memekar di bumi,
Melalui mani yang terpancar,
Keluar dari antara sulbi dan tulang dada.
Hinanya manusia jika tiada iman di dada.
Setiap kejadian ada tugasnya.
Diberi panduan untuk melaksanakannya.
Namun manusia leka dengan dunia,
Meletakkan nafsu di tangga pertama.
Manusia lupa matlamat pertama,
Persinggahan dijadikan tujuan.
Namun semuanya akan ditinggalkan,
Bila roh terpisah dengan badan.
Tidak lagi berguna suatu penyesalan,
Meminta supaya dikembalikan.
Ingin menjadi hamba beriman,
Untuk seluruh kehidupan.
Dari kiri melalui belakang,
Disambut jua sebelah kiri.
Terbuktilah suatu kemurkaan,
Melalui pemberian catatan amalan.
Tahulah diri yakinlah hati,
Berjaya atau tidak menyeberang jambatan.
Perjalanan menuju ke tempat impian,
Atau jatuh dihumban ke lembah Jahannam.
Bahagialah manusia yang menerima pelawaan,
Ajakan daripada Allah menuju tempat impian.
Bahagialah mereka yang bahagia,
Kerana memilih jalan penyucian jiwa.
“Wahai jiwa-jiwa yang tenang,
Kembalilah pada Tuhanmu,
dengan hati redha dan diredhai.
Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu”.
saif al-Lizam,
Gombak Selangor,
12-5-2009 / 16 jamadilawal 1430.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-18378054872485792402009-06-02T18:35:00.000-07:002010-03-12T02:54:53.365-08:00114 Surat Cinta itu…Semasa aku menaip mesej itu, aku merancang untuk menghantarnya kepada semua kawan-kawan, namun ada juga yang terlepas. Jari terus menekan keypad handphone, lalu skrinnya memaparkan:
“Adakah telah dibaca surat cinta itu?
Adakah telah difahami surat cinta itu?
Adakah telah diamalkan surat cinta itu?
Adakah telah dibalas surat cinta itu?
114 surat cinta itu…
Sekadar renungan diri…”
Aku memilih send to many dan menghantarnya. Seketika, aku mendapat respon mesej balas berupa pertanyaan. Ada yang membalas aku tersilap hantar mesej (mungkin pemikirannya kepada cinta dunia), ada juga yang bertanya ayat 114 daripada surah mana (faham apa yang dimaksudkan, tapi tak faham 114 itu), ada pula yang ringkas balasnya “tak faham”.
Mungkin mereka tidak mengerti dengan perumpamaan itu. Al-Quran itu mesti dibaca. Kalaulah kita baca surat cinta, pasti tidak hanya sekali, malah ingin dibaca berkali-kali. Al-Quran juga mesti dibaca seperti membaca surat cinta, malah lebih lagi kerana ia adalah Kalam Allah yang tiada tandingan dengannya.
Ada satu kisah tuan guru dan muridnya. Si murid disuruh membaca Quran, dijawabnya “tok! ajarlah saya maknanya, apa gunanya membaca Quran tapi tak faham”, namun gurunya masih menyuruh membaca Quran. Sekali lagi dia datang menemui gurunya, “Tok! saya berasa membaca tanpa memahami adalah suatu yang tak berfaedah”. Si tuan guru malah menyuruhnya mengisi air dalam kolah dengan memunggah menggunakan raga dari sungai berhampiran. Selepas dibuat apa yang disuruh, dia menemui gurunya, “tok! perbuatan ini lebih tidak bermakna (tak penuh-penuh air yang diisi)”. Si tuan guru menjawab, “menimba air dengan raga samalah dengan membaca Quran walaupun tidak memahaminya…raga yang kotor menjadi bersih walaupun kolah tidak penuh - samalah dengan hati orang yang membaca Quran”.
Al-Quran juga mesti difahami makna, asbabul nuzul, muhkamat, mutasyabihat, dan pelajaran-pelajaran yang berkaitan. Dengan itu mudahlah bagi kita umat nabi Muhammad menyebarkan, beramal, dan menjadikan seluruh kehidupan ini dengan Islam (ad-Dinul Islam Kulluhu) berdasarkan panduan yang telah disediakan Allah kepada hamba-Nya.
Kalau sudah difahami ayat-ayatnya, mudah bagi kita untuk mengamalkan segala yang ada di dalam al-Quran. Manusia membentuk mesin basuh dan menjualkannya di kedai-kedai. Kalaulah orang yang tidak pernah menggunakannya membeli dari kedai lalu dipasang di rumahnya, namun dia tidak tahu cara menggunakannya. Lantas diambil panduan yang disediakan, dibelek-belek dan dibaca serta difahaminya lalu mengamalkan apa yang difahami. Seketika selepas itu, mesin basuh yang dibelinya berfungsi seperti yang diinginkan. Itu baru mesin basuh, benda yang kecil. Cuba kita fikir tentang ‘kehidupan’ kalaulah tiada panduan atau tidak diamalkan panduannya. Apa akan jadi?.
Allah berfirman (maksudnya): “Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu menyintai Allah, maka ikutlah aku (nabi Muhammad) nescaya Allah akan mengasihimu.”
(surah Ali Imran: 31)
Untuk ‘membalas surat cinta itu’ maka Allah telah memberikan kepada kita panduan-Nya iaitu dengan mengikuti nabi Muhammad s.a.w. dalam apa jua perkara, i’tiqadnya, suruhannya, larangannya, dan kehidupannya.
Itulah 114 surah yang diberikan Allah kepada hamba-Nya sebagai panduan hidup di dunia yang merupakan persinggahan untuk menuju alam akhirat yang kekal. Namun ramai yang meremehkan panduan itu, quran dijadikan perhiasan, akal pula yang diagungkan dalam menetapkan undang-undang dan sebagainya. Penting bagi kita umat nabi Muhammad mempelajari al-Quran supaya dapat dibaca,difahami, dan diamalkan, seterusnya disampaikan.
Sayyidina Usman bin Affan r.a. memberitakan bahawa nabi Muhammad s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”.
(hadis riwayat Bukhari dalam Sahihnya)Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-64792081682210738052009-05-24T21:13:00.000-07:002010-03-12T02:54:53.368-08:00Ilmu dari Seorang AyahDi kala sang Bayu menggosok lembut pada permukaan dedaun Nyiur, lalu dibalas
dengan lambaian. Aku memerhati dengan pandangan yang agak tajam sambil otakku
ligat memikirkan betapa indah ciptaan Tuhan. Aku dapat merasakan ketika itu
neuron-neuron dalam otakku saling berhubungan.
“Alhamdulillah" kalimah pendek itu meluncur laju melangkah dua bibirku. Terasa kerdil bila melihat ciptaan Allah. Hatiku tenang bila terasa Allah bersama, ditambah dengan bunyi alunan zikir oleh burung dan makhluk lainnya memuji dan bertasbih membesarkan sang Pencipta.
Entah kenapa terdetik di hati, teringat kembali pelajaran lama yang susah nak dapat. Aku hanya perolehnya secara percuma dari seorang ayah yang hanya berkelulusan darjah satu sekolah melayu (itu pun tidak lama). Mungkin kerana melihat lambaian lembut yang dibalas (mungkin tanda berterima kasih) tatkala mendapat hempasan sepoi bahasa.
Ilmu itu ringkas, pendek kalimahnya, padat isinya, tersimpan seribu makna,
ILMU TAKSIR diberi nama. Itulah ilmu yang sungguh besar bagiku dari seorang ayah
yang tidak berpendidikan formal. Ayatnya kecil, namun nilainya tak terkira buat
seorang anak yang membutuhkan makna.
“Cuba guna ilmu taksir sikit, kalau kita tak suka orang lain pun sama." Nasihat ayahku dengan nada yang marah tatkala melihat aku melastik ayam jiran. Ketika itu aku tidak mengerti apa yang diucapkan oleh ayah. “Apakah itu ilmu tafsir?"
Tanya hatiku pada diri.
Sekarang aku telah mengerti, hanya dulu aku yang silap dengar dan kurang pada bahasa. Ilmu taksir itu ilmu imbalan kehidupan, jika apa yang berlaku pada kita tidak disukai, begitu juga makhluk lain. Sebagai contoh, kita suka dihargai bila berbuat baik, begitu juga orang lain sukakan penghargaan itu. Apalah salahnya jika diucap terima kasih sebagai imbalan pada pemberian.
Itulah ajaran dari seorang ayah yang mahukan kehidupan anaknya penuh dengan
akhlak dan adab. Dia telah menjadikan dirinya sebagai ‘madrasatul ula' sekolah pertama bagiku semasa kecil.
aku ini ibarat rebun yang akan mencari buluh dan melihat pemandangan dunia yang penuh dengan tipu daya.
Terima kasih tak terhingga kepada ayah yang telah bertungkus-lumus membesarkan kami adik beradik bergandingan dengan ibu. Walau secarik nasihatmu tapi membawa makna kehidupan. Ikhlasnya dirimu hanya Allah yang dapat memberi ganjaran.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-42713081182527188602009-05-18T02:57:00.000-07:002009-05-18T03:09:55.575-07:00malaysia oh malaysiaPerak gegar!!
7 mei, gegar!!
sidang dun gegar!!
manakah demokrasi?
manakah suara rakyat?
manakah pemimpin adil?
manakah Malaysia satu?
manakah undang2 Allah?
pasti dan pasti..
formula RAHMAN..
confirm jadi..
tunggu dan perhati..
malaysia berubah..
tentang tetap tentang,
sebar tetap sebar,
yang benar tetap benar,
tunggu dan perhati,
malaysia berubah.
orang no 1 malaysia..
penyamun mongolia..
janganlah disia-sia..
peluang yang terbuka..
rakyat makin terbuka..
tidak mengharap lagi..
kerajaan dulu kala..
tunggu dan perhati,
malaysia berubah.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-51582944293849663012009-05-18T02:52:00.000-07:002009-05-18T02:56:23.712-07:00bingungaku bingung dengan manusia zaman ini...
mereka mencari dunia...
dunia datang...
mereka mencari pangkat...
pangkat datang...
hanya sedikit usaha dibutuhkan...
tapi kenapa mereka tidak mencari Tuhan...Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-77421401689250756392009-05-08T21:21:00.000-07:002010-03-12T02:58:36.716-08:00Jentayu Menanti HujanSempena hari ibu pada 13 Mei(walaupun awal lagi)aku ingin berkongsi perasaan yang terasa oleh diri sewaktu di alam kolej dulu...SELAMAT HARI IBU KEPADA PARA IBU YANG TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK ANAK-ANAK.
Perasaanku hiba bila skrin computer memaparkan gambar-gambar keluarga. Aku tenung wajah ibu sepuas hati. Sedih mengenangkan raya haji kali ini aku tidak pulang. Bukan kerana tidak dapat pulang, tapi aku harus berjimat. Cuti semester 2 minggu lepas telah digunakan untuk pulang.
Handphone di sisi terus dicapai, lantas menekan punat-punatnya mencari nombor telefon adikku. Tut…tut…tut…tiga saat berselang kedengaran handphone diangkat. Masih lagi aku ingat pada malam itu aku berborak dengan ibu dengan masa yang lama. Namun terasa bagai lima minit.
Itulah raya pertama aku tanpa keluarga. Masih terbayang di ingatanku betapa rindunya aku ‘laksana jentayu menanti hujan’. Walaupun kampungku tidaklah sejauh kawan-kawan yang lain. Namun perasaan di hati ini tidak dapat dinilai dengan jauhnya jarak.
Tiga tahun telah berlalu, aku di bawah sepohon pokok yang rendang dengan banirnya mencapai pehaku. Mulanya hanya ingin berehat selepas penat berjalan. Ternyata hanya tubuhku yang berehat,otak terus saja berjalan memikirkan apakah hikmah yang bakal Allah berikan pada perjalanan kali ini.
Terfikir aku bagaimanakah perasaan ibuku ketika itu. Berjauhan dengan anak yang tidak pernah ditinggalkan. Tidak pernah lagi dirasakan harinya tanpa melihat anaknya yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh.
Setelah terbiasa meninggalkan kampung halaman, aku makin dapat merasakan kerinduan ibu semakin membara. Masih lagi terbayang di kepala, bagaimana dulu ibu meminta aku menelefonnya sebulan sekali. Namun semakin lama permintaan ibu berubah supaya aku menghubunginya seminggu sekali. Betullah kata orang-orang yang berfikir:
“semakin dewasa seorang anak semakin rindu si ibu kepadanya”.
Hanya si anak seringkali tidak nampak akan perkara itu kerana sememangnya para ibu akan cuba menyembunyikan perasaannya.
Namun aku tidak amanah dengan permintaan ibu. Kadang aku leka, kadang aku lalai, lupa dengan kehidupan dunia yang sementara.
Ya allah, berilah aku kekuatan untuk memenuhi permintaan ibuku…Aku mohon
padaMu ya Allah agar aku tidak menjadi seperti al Qamah melebihkan isteri, tidak
pula seperti Tanggang dongengan anak derhaka. Ya Allah, Kau rahmatilah kedua ibu
Saat indah bersamaMu. Ucapan zikir yang keluar dari mulutku tidak berhenti. Kekadang laju kadang perlahan sambil hati mengingatiMu. Namun kenapa hati ini selalu berubah? Alangkah indahnya jika hati ini sentiasa bersamaMu.
Sungguh kreatif musuhMu dalam menjauhkan diriku mengingatiMu. Tapi aku sedar, sesungguhnya akulah yang tidak kuat menentang musuhMu dan musuh manusia yang sebenar.
“Bapa dan Ibu” kami digodanya supaya mengikut jejak langkahnya. Dicampak keluar dari tempat tersangat indah yang tak terbayang akalku. Sungguh kejam, keji engkau wahai Iblis! Kerana EGO dan BESAR DIRI, engkau sanggup dihina dan dibakar api yang tersangat panas. Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Namun aku akur dengan taqdirmu ya Allah. Sebelum mencipta bapa kami, Engkau telahpun khabarkan kepada para malaikatMu. “…Sesungguhnya Aku akan mencipta di muka bumi seorang khalifah”.
Tapi aku keliru, kenapa dua penyakit Iblis itu banyak sekali dalam jiwa makhluk yang dipanggil khalifah muka bumi. Ego dan besar diri, kekadang tidak disedaripun oleh jiwa yang dijangkiti penyakit itu.
Kami terlalu banyak dosa padaMu ya Allah, diri kami telah terjadi sebagaimana isyarat rasulMu. Pagi beriman petang kufur, pagi kufur petang beriman. Na’uzubillah min zaalik. Kami tak mampu untuk hidup di zaman fitnah ini tanpa pertolonganMu.
Ya Allah, tiada Tuhan selain Allah, demi Allah, tiada tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan atas ketaatan kepadaMu.
Aku lupa padaMu ya Allah tatkala mendapat nikmat. Syukurku tiada, namun nikmat yang Engkau berikan tidak pernah putus. Aku lalai ya Allah dengan 114 surah pemberianMu sebagai panduan hidup dan tanda cintanya Engkau pada hambaMu.
Begitu lama jari-jemari tidak menekan punat-punat keyboard.
Terasa haus untuk bergerak mengikut rentak ejaan.
Namun apa yang boleh dibuat oleh jari.
Otak tidak mengizinkan, hati tidak membenarkan.
Meneraju isu bukannya mudah.
Tetapi pokok kepada masalah suatu isu.
Boleh dijadikan hujah...
Dunia semakin maju, rakyat semakin tahu.
Membaca menjadi minat baru.
Dengan tumbuhnya pelbagai wadah untuk disalurkan faedah.
Namun banyaknya jua unsur negatif...
Tidaklah dapat dihindari.
Dengan dunia di hujung jari...
Kini kegembiraan terserlah, bila ia dapat berjalan perlahan,
Sesekali berlari laju di atas trek keyboard .
Walaupun dengan sedikit lakaran pesanan...
Di kesempatan yang pendek ini.
Demi menyahut panggilan globalisasi.
Insan yang lemah dan kerdil ini, ingin menyajikan.
coretan lama...
Penuh dengan pesanan.
Allah ketemukan semula tulisan itu...
Bertarikh 5 Mac 2007.
Ringkas tapi penuh makna...
BUAT SAHABAT
Bersama-samalah kita menegakkan,
Panji Islam yang rebah.
Binalah ukhuwah Islamiyah,
Walaupun datangnya ujian Ilahi.
Jagalah hati sahabat dan saudara.
Kerana akibatnya...
Tiada berkesudahan.
Walau terjalin semula.
Ada sedikit yang takkan tanggal.
Tapi ingatlah satu perkara.
kita rasa kita dijauhkan,
Mungkin kita menjauhkan.
Berilah satu harapan,
Dalam mencari kebenaran.
Mengikut rentak yang ditentukan.
Al Quran sebagai pedoman.
“Tiada daya (daripada mengelak maksiat) dan tiada upaya (mengerjakan taat) melainkan dengan izin dan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha agung”, satu ungkapan yang sungguh bermakna buatku hari ini.
Aku renunginya sedalam mungkin yang dapat dijangkau pemikiranku yang sangat cetek dibanding ilmu Allah. Hatiku terasa berupa getaran yang telah mendesak mata mengeluarkan airnya. Hati ini terus teringatkan dosa-dosa semalam.
“Oh hinanya aku di sisiMu ya Allah” perkataan itu terus meluncur di mulutku dengan pergerakan dua bibirku. Aku terkenangkan nikmat yang telah diberikan kepadaku namun jarang kusyukuri.
“Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu telah dustakan”. 5 deria pada badan, rasa, bau, sentuh, dengar, dan pandang. Hanya diguna tapi tidak perasan apa yang Allah kurniakan tidak dibalas dengan kesyukuran.
Hari ini ku mendapat ketenangan hanya dengan beberapa patah perkataan, “Tiada daya (daripada mengelak maksiat) dan tiada upaya (mengerjakan taat) melainkan dengan izin dan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha agung”. Ku ulang-ulang sambil kurenungkan.
Begitu agung kedudukanMu tuhan, zikir kepadaMu membawa ketenangan. “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram”. Ku menyambung lagi ulangan ayat itu, hatiku bertambah tenang.
Namun aku khuatir Allah tidak membiarkan lama ketenangan itu bersarang, aku takut pintu sangkar dibuka, lalu terbang dan terus hilang. “Ya Allah tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan dalam mentaatiMu…aamiiin”.
Seungkap zikir itu telah mengubah keadaanku dari alam kekacauan emosi kepada alam ketenangan diri. Ketenangan itu yang kucari, bukan kegembiraan, bukan keseronokan. Dengan ketenangan semuanya dapat kurangkul dengan senang. Allah jua tempat bersyukur. “sekiranya kamu bersyukur, nescaya Kami tambah (nikmat) kepada kamu.
Ya Allah aku ini hambamu yang lemah, bimbinglah aku ya Allah untuk terus bersyukur dengan nikmat Mu yang berjuta, beribadah demi mentaatiMu, berakhlak dengan akhlak kekasihMu, terus mencari ilmuMu yang tersedia, menyampaikan kalimahMu ke merata untuk menegakkan agamaMu dan mentadbir dunia dengannya. Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzaljalali wal Ikram…aamiiin Ya Rabbal ‘alamin.Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-65903841088711917772009-03-03T03:05:00.000-08:002010-03-12T02:58:36.722-08:00Kenanganku SRIBUPagi itu lebih kurang pukul 8, suasana tepi lebuhraya dari Butterworth ke Alor setar sungguh nyaman. Pokok-pokok sikitpun tidak bergoyang menandakan hempasan bayu tidak mengancam. Aku membonceng sahabatku dengan Yamaha merah 135LC menuju ke Alor setar.“Ustaz, Atiqah menangis, Yahya buat…”, Yusazana memberitahuku. Aku toleh ke belakang, kelihatan Atiqah sedang menekup mukanya dengan tudung. Esakan perlahan daripada Atiqah bagaikan memanggilku untuk dipujuk.
Peserta kem yang lain masih seronok mencuba permainan gayut tali ala latihan tentera, riuh bersama fasi-fasi dan ustaz. Hanya Hafizuddin dan ustaz Zainon saja yang berada di atas pokok Rambai. Aku dan beberapa peserta lain berada dibawah pokok itu menunggu buah yang dihulurkan Hafizuddin.
“Panggil Yahya ke sini” suruhku kepada Yusazana dan Aina Najah. “Apa yang anta buat kat Atiqah ha, cepat minta maaf, anta baru darjah 2 tapi dah nak jadi samseng ek, memang nak kena dengan ustaz ni”. Gertakku kepada Yahya yang sememangnya aku mengerti perangainya itu. Yahya memang terkenal di kalangan ustaz-ustaz Sekolah Rendah Bahrul Ulum (SRIBU) dengan kenakalannya.
Motor yang ku tunggangi bersama Firdaus memecut laju bila pemegang sebelah kanan dipulas lebih banyak. Meter menunjukkan angka 100. Angin kuat mula terasa menolak muka, tambahan pula helmet yang ku pakai tiada cermin penghadang muka…Aku cuba mengingati peristiwa di Sribu selama aku berkhidmad menyumbang tenaga di sekolah itu.Memori SMART CAMP terlintas di kepala. “Ustaz ni memang suka manjakan abang ana”. Hudaimatul Uzma mencelah ketika abangnya, Muaz memberikanku alamat rumahnya “Anti pun sama je, manja dengan ustaz”. Pelajar tahun satu SRIBU itu sememangnya mesra denganku.
Aku terus dibuai memori bersama pelajar SRIBU. Muka Ahmad Akmal, pelajar tahun 2 Ali terbayang di ingatanku, aku teringat sepotong hadis yang diajarkannya bersama dengan matannya sekali…”orang mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang baik akhlaknya.” (hadis riwayat Ahmad). Terima kasih tak terhingga kepada Ahmad Akmal kerana mengajarkanku sepotong hadis nabi.
“…Huray !!” bunyi sorakan daripada kelas 2 Osman sebaik melihat aku melangkah masuk pintu kelasnya. “Hari ini ustaz ganti ustazah Baizura, ustaz tak nak mengajar sebab masa ada 15 minit je lagi, harap antum semua diam dan buat kerja sendiri…”Aku mengambil kerusi dan duduk di sudut tepi kelas, aku berbual-bual dengan Syamila, Fatin Nadiah, Irsyad, dan Aina Abd Halim, adik kepada Aisyah. “Ustaz, boleh ana urut belakang ustaz?” pinta Khadijah. Orang mengantuk disorong bantal, alhamdulillah…Sambil berborak aku meminta Irsyad, pelajar tahun 2 Osman yang berketurunan Pakistan supaya mengajar bahasa Ughdu kepadaku. Aku belajar bilangan dalam bahasa Ughdu, daripada 1 hinggalah angka sepuluh. Aku sebut satu-satu “egh, tho, tiin, chag, punch, cher, sit, arg, noun, das...”.
Aku teringat kepada sebuah sajak yang kutulis ketika SRIBU telah lekang daripada pelajar dan guru-guru. Sajak itu ditulis supaya kenangan bersama tidak dilupakan. Sajak yang bertajuk KENANGAN itu kutampal di dinding asrama B, asrama di bawah jagaan aku dan ustaz Khairuddin atau ustaz Din Pakistan. Terlintas di fikiranku untuk menampal sajak itu di dinding kantin supaya dapat dibaca oleh semua pelajar SRIBU.
Kursus bekam yang ku sertai di Alor Setar telah selesai pada pukul 5.30 petang. Selepas solat asar berjemaah bersama Firdaus dan abang Musafri, aku bertolak balik ke SRIBU. Banyak input yang aku dapat daripada kursus itu.Kami tiba di SRIBU pada pukul 7.15 malam selepas 1 jam lebih di atas motor. Aku bergegas ke asrama untuk menyalin sajak yang telah kutulis itu. Pen dan kertas dicapai, lalu kutulis…
KENANGAN…
Buat adik-adikku pelajar SRIBU
Belajarlah bersungguh-sungguh
Julangkan nama sekolah, ibu, dan ayah
Ingatlah antum semua…
Pelajar islam, pelajar agama
Solat jangan ditinggalkan
Taatlah pada perintah Allah
Tinggalkan apa yang dilarang
Jadikanlah nabi sebagai contoh teladan
Selama kita bersama…
Biarlah jadi kenangan
Memori yang berpanjangan
Walau sekali jangan dilupakan
Apa yang baik jadikanlah teladan
Yang buruk pula kita jadikan sempadan
Yang ditibai dan dirotan
Harap antum maafkan…
Bukan tanda benci
Tapi tanda sayang
Ingin jauhkan syaitan bersarang
Di dalam hati adik-adikku sayang
Semoga perpisahan ini dirahmati
Moga Allah berikan peluang
Untuk kita bertemu lagi
Di dunia yang fana ini
Atau di syurga yang menanti
InsyaAllah…
Selepas selesai kutulis, cepat-cepat kutampalkan pada dinding kantin. Aku tak tahu sama ada mereka sempat baca atau tidak. Hanya pada Allah aku mohon agar sajak yang ku tampal terjaga daripada ancaman luar.
Ya Allah, aku mohon padamu, pimpinlah kami pada ketaatan dalam beribadah kepadamu. Pertemukanlah kami di waktu yang lain andai kami terpisah, ikatkanlah hati-hati kami dalam memperjuangkan agamaMu. Sampaikan hajat kami untuk syahid pada jalanMu ya Allah. Kau lapangkanlah hati-hati kami, kau mudahkanlah urusan kami…Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-68341359524468406812009-01-25T07:41:00.000-08:002009-01-25T08:13:01.809-08:00Muharam
Assalamualaikum para pembaca. kebanyakan kita pada hari ini tidak kisah dan tak mahu ambil peduli pun pasal bulan-bulan islam. kalau ditanya mungkin seglintir saja yang tahu hari ini berapa hari bulan dalam kalender hijrah.
Mungkin juga generasi kini kurang didedahkan dengan perhitungan kalender itu. di sini saya ingin berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku di bulan Muharam disebabkan kita kini berada di penghujung Muharam.
Bermula dengan hari pertama di bulan Muharam Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris pula diangkat oleh Allah ke langit di hari kedua.
Hari ketiga Nabi Nuh telah diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah 6 bulan bumi ditenggelamkan.
Di hari keempat hingga hingga hari kesembilan masing-masing dengan peristiwa Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya dan Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Begitu juga dengan peristiwa Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun telah terjadi di bulan Muharam. Selain itu kesalahan Nabi Daud diampuni Allah dan nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar semuanya terjadi di bulan ini.
Bulan Muharam juga ialah bulan dimana hari pertama Allah menciptakan alam, hari pertama Allah menurunkan rahmat, hari pertama Allah menurunkan hujan, Allah menjadikan 'Arasy, Allah menjadikan Luh Mahfuz, Allah menjadikan alam, Allah menjadikan Malaikat Jibril, dan Nabi Isa diangkat ke langit juga di bulan yang mulia ini.
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku di bulan yang pertama dalam kiraan kalender hijrah
Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-68423314448574461152008-12-17T00:20:00.000-08:002008-12-17T00:44:22.111-08:00Mereka Menyangka "Uzair" Anak ALLAHPada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.
Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.
"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.
Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"
Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."
Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."
Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."
Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"
"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.
'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekarang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."
Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambungnya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan supaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."
"Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang tua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai (bangsa Israil). 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.
Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia 'Uzair."
Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."
'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil pun percaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semula oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.
"dipetik dan diedit dari 1001 kisah teladan"
** selamat membaca**Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4228208845629401310.post-89758666226550003352008-12-03T00:55:00.000-08:002010-03-12T02:54:53.459-08:00sejarah zainab al-ghazali al-jubailiZainab Al Ghazali Al JubailiDilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.
Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.
Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".
Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.
Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.
[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]
Saif al-Lizamhttp://www.blogger.com/profile/02333129072886164606noreply@blogger.com0