Idul fitri…kemenangan @ kekalahan
Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Mungkin tidak terlambat lagi untuk saya menulis dan mengucapkan hari raya. Semoga dapat kita kongsi bersama…
Idul fitri @ nama sebenarnya merupakan hari untuk semua muslimin & muslimat menyatakan rasa syukur kepada Allah s.w.t. perayaan kesyukuran ini disambut kerana umat islam telah Berjaya menghadapi Ramadan al Mubarak serta berjaya mentarbiyah dirinya supaya selari dengan fitrah sebagai manusia…
Tapi yang menjadi persoalannya, adakah idul fitri itu betul-betul telah menjadi satu kemenangan bagi kita? Dalam surah asy syams ayat 9-10, Allah berfirman yang maksudnya “sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah2 bersih (dengan iman dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih itu) surut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran dan kemaksiatannya)”…
Cuba kita ungkit kembali Ramadan kita, sebulan berpuasa adakah kita menepati garis yang nabi anjurkan…sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan bersungguh2…
Sesetengah daripada kita menjadikan syawal itu sebagai pampasan kepada penderitaan Ramadan dengan menyambut hari raya sebulan lamanya. Ini semua berpunca daripada media yang telah menjadi GURU PERTAMA rakyat Malaysia. Di pertengahan ramadhan lagi, telah dinyanyikan lagu2 raya malah di bulan syawal dipenuhi dengan konsert2. Mereka umpama mengejar budaya hedonisme dalam ibadat raya. Dalam surah hud Allah memberi amaran kepada mereka yang mana lebih mementingkan dunia…bermaksud “barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan itulah orang2 yang tdk memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia2 lah apa yang telah mereka kerjakan”
Ramadhan juga merupakan satu university yang boleh dimasuki oleh semua umat islam. Lumrah university sebagai tempat belajar, latihan, dan pentarbiyahan. Namun apabila keluar daripada university ramadhan, kita menjadi lebih teruk dan tidak dapat istiqamah dengan latihan2nya, maka KEMENANGANKAH bagi kita??? ...