"Assolatu khairun minan naum..." Lunak dan merdu kedengaran Bilal melaungkan azan. Sayang seribu kali sayang, ramai lagi di kalangan umat Islam yang masih terlelap,lemah dan tak berdaya mengangkat kelopak mata, membuang selimut nipis mereka.
Dibuai mimpi indah bersama puteri raja, berlari-lari anak mengelilingi taman bunga. Pakaiannya bertatah intan permata...Aduhai manusia, kau hanya berteman syaitan durjana, memperindahkan dunia walau hanya sementara, di dalam tidur seketika.
Setengah manusia bangkit kerana terdengar azan dari masjid. Namun, seusai azan, mereka menyambung kembali kerja-kerja menarik selimut. Mereka itu sensitif pada bunyi, tetapi tidak menggunakan kelebihan yang Allah berikan untuk terus bangkit merungkai ikatan syaitan dengan doa, wuduk, dan solat sunat.
Ada juga manusia tidak tidur... menonton filem, melihat perlawanan dengan melepak bersama rakan. (Pelik dan hairan) tatkala azan berkumandang, mulut terbuka luas menguap keletihan, mencari tempat peraduan.
Bagi mereka yang beriman, takut kepada azab Tuhan. Bangun, mandi bersihkan badan. Berwuduk tanda persediaan. Melangkah tegap ke tempat azan dikumandangkan. Jauh atau dekat tidak menjadi alasan.
Marilah kawan marilah rakan, saf yang kosong selama ini kita penuhkan. Kita sujud menghadap Tuhan yang maha Penyayang. Kita sujud mengharap rahmat dan keampunan. Janganlah dipersiakan amalan pertama yang akan disoal. Janganlah diremehkan amalan yang diambil terus dari Tuhan tanpa perantaraan.
Saif al-Lizam
asma amanina
masa
masa
Categories
- bulan Islam (1)
- Diari seorang Pengembara (7)
- ibu... (2)
- kekasih Allah (3)
- Malaysia (1)
- Manusia (3)
- perayaan (1)
- Pesanan (2)
- Rafiqul A'ala (3)
- salah siapa (2)
- suatu kisah (2)
Sunday, November 22, 2009
Di Kala Subuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mati
Seorang pernah bertanya kepada Abu Dzar al-Ghifari, salah seorang sahabat utama Nabi saw.
"Apa yang tidak beres pada diri saya sehingga saya takut mati?" Jawab Abu Dzar, "Karena engkau telah mengembangkan (memakmurkan) duniamu (saja), sedangkan akhiratmu engkau hancurkan. Maka, engkau tidak mau berubah dari kemakmuran menjadi suatu kehancuran."
ruang tulis
Live Traffic
Laa ilaaha illallah
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku.”
(surah Anbiya': 25)
La ilaaha illallah, sungguh bermakna kalimah itu... apa tidaknya, sesiapa yang mengucapkannya di akhir hidupnya...maka syurga menjadi habuan...
Para Nabi ditentang, dilawan, dihina, dikekang hanya kerana membawa kalimah itu...
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku.”
(surah Anbiya': 25)
La ilaaha illallah, sungguh bermakna kalimah itu... apa tidaknya, sesiapa yang mengucapkannya di akhir hidupnya...maka syurga menjadi habuan...
Para Nabi ditentang, dilawan, dihina, dikekang hanya kerana membawa kalimah itu...
Antara Keperluan dan Tuntutan
Apa itu keperluan?
Apa pula tuntutan?
Keduanya banyak perbezaan...
Tuntutan lebih utama dari keperluan.
Namun tuntutan sering ditinggalkan.
Keperluan pula dilebih-lebihkan.
Sengaja tidak mendefinisikan...
Tuntutan dan keperluan.
Hemat diriku,
Semua faham...
Fikir-fikirkan...
Apa pula tuntutan?
Keduanya banyak perbezaan...
Tuntutan lebih utama dari keperluan.
Namun tuntutan sering ditinggalkan.
Keperluan pula dilebih-lebihkan.
Sengaja tidak mendefinisikan...
Tuntutan dan keperluan.
Hemat diriku,
Semua faham...
Fikir-fikirkan...
0 komentar:
Post a Comment