Wednesday, December 17, 2008

Mereka Menyangka "Uzair" Anak ALLAH

Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.
Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.

Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"
Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."
Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."

Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."

Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"

"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.
'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekarang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."
Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambungnya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan supaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."

"Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang tua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai (bangsa Israil). 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.

Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia 'Uzair."
Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."

'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil pun percaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semula oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.

"dipetik dan diedit dari 1001 kisah teladan"
** selamat membaca**

Wednesday, December 3, 2008

sejarah zainab al-ghazali al-jubaili

Zainab Al Ghazali Al JubailiDilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.



Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".


Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.


Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]

Monday, November 10, 2008

Darjat Dunia



Apa ada dengan darjat dunia? Keturunan mewarnainya…sedang diri mengotori dengan debu-debu dosa, kita berbangga…kita anak raja, kita anak menteri, kita anak orang kaya, sombong dengan pribadi sendiri.

Namun kita lupa dengan tujuan hidup yang telah ditetapkan oleh pencipta, lalai dengan pemilihan jalan menuju hari bicara, leka terhadap risalah yang telah tersedia, hanya menanti saat dipinta, hanyalah diri yang menentu segalanya, ingin mengikut atau buat2 lupa…

Apalah sangat dengan darjat dunia, yang ada hanya pada namanya..begitu juga pangkat dan harta jika semua itu tidak diperguna pada jalan yang betul, pagi menipu..tengah hari rasuah..petang di meja judi..malam apatah lagi, bermegah dengan pangkat, orang bawah dibuli..bos dibodek hari2, pangkat dia nak tambah lagi…

Kita hanya manusia biasa yang telah diamanahkan sebagai raja di atas permukaan makhluk bernama bumi, kita pula menjadi raja yang zalim dengan berbuat ikut suka, kita lupa amanah yang diberi untuk makmurkannya dengan menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya (agama).

Mungkinkah kita dapat menyusun darjat di bumi ini sebagaimana Allah meletakkannya mengikut peringkat yang dimulai dengan taqwa dan ilmu…tentu sekali payah dan pasti tidak akan terjadi kalaulah manusia berlumba-lumba mengejar pangkat dan harta, agama diketepikan…orang yang hafiz hanya diperlukan di bulan ramadhan, pak imam pula cuma laku untuk majlis kesyukuran.

Orang miskin, miskinlah dia..orang fakir, fakirlah dia..yang ditindas makin merana, yang menindas makin kaya..apa yang bertentang dengan agama diusahakan dalil supaya jadi selari dengan agama. Makcik tukang sapu dianggap hina walaupun rezekinya halal, si pasawah juga tak terlepas dek kekotoran pekerjaan mereka.

Apalah sangat pada anggapan manusia yang hanya dijadikan dari setitis mani yang hina daripada tulang sulbi yang membentuk segumpal darah kepada sekepal daging yang akan membentuk janin…cubalah bandingkan dengan pencipta yang maha kaya, maha besar, maha agung dan maha tinggi…


Firman Allah yang bermaksud: “...Allah mengangkat kedudukan orang-orang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat ketinggian. Dan (ingatlah) Allah itu amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan…”
(al Mujadalah,58:11)

BIODATA RINGKAS NABI AKHIR ZAMAN


Menurut Ibn Ishak, Nabi Muhammad dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Nama penuh baginda ialah Muhammad b Abdullah b abd Mutalib b Hasyim b Abd Manaf b Qusay b Kilab b Murra b Kaab b Luay b Ghaleb b Fihr b Nadhir b Kinanah b Khuzaimah b Mudrika b Ilyas b Mudor b Nizar b Maad b Adnan b Ismail b Ibrahim a.s. Nama Muhammad diberikan oleh datuk baginda, Abd Mutalib, yang bermaksud “Yang Terpuji”.


Ketika kecil baginda disusui oleh Halimatus Saadiah daripada bani Saad, selama dua tahun. Bapanya, Abdullah meninggal dunia semasa baginda masih dalam kandungan. Kemudian diikuti oleh kematian ibunya, Aminah di Abwa ketika baginda berusia enam tahun. Selepas kematian ibunya, baginda dijaga oleh datuknya, Abd Mutalib. Penjagaan baginda diambil oleh bapa saudara sebelah ayahnya, Abu Talib selepas kematian Abd Mutalib. Ketika itu baginda baru berumur lapan tahun.

Nabi Muhammad dikenali oleh masyarakat Quraisy sebagai orang yang jujur. Jesteru, mereka menggelarnya dengan gelaran al-Amin yang bermaksud “Manusia yang Dipercayai”. Ketika berumur 25 tahun, baginda mengahwini seorang wanita mulia daripada kabilah Quraisy bernama Khadijah binti Khuwailid. Ketika itu Khadijah berumur 40 tahun.

Ketika berumur 40 tahun, baginda suka memencilkan diri dengan bertapa di gua Hira. Di situ baginda dikurniakan wahyu pertama dan dilantik menjadi rasul bagi seluruh alam pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 M. Dengan itu bermulalah dakwah nabi Muhammad yang penuh onak dan duri di bandar Mekah.

Pengisytiharan baginda sebagai rasul ditentang hebat oleh masyarakat Quraisy terutama selepas kematian Khadijah dan Abu Talib. Akhirnya selepas 13 tahun berdakwah di Mekah, Allah mewajibkan baginda dan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah . Penghijrahan ini membuka jalan kepada penubuhan negara Islam pertama di Madinah, sekali gus menjadi pemangkin kepada pengembangan dakwah Islam ke seluruh dunia.

Setahun selepas hijrah, berlaku perang pertama antara umat Islam dengan golongan kafir Quraisy yang dikenali sebagai Perang Badar. Peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dan ia berjaya membuka mata dunia pada kekuatan umat Islam ketika itu. Akhirnya pada hari jumaat 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah, umat Islam dari Madinah berjaya menakluki Mekah dan mengusainya.

Selepas menguasai Mekah, Nabi Muhammad melonjakkan dakwah Islam ke peringkat antarabangsa dengan mengajak pemimpin-pemimpin dari luar negara memeluk Islam. Dakwah ini menggegarkan empayer Rom dan Parsi dan ia menjadi batu asas kejatuhan kedua-dua empayer itu ke tangan orang Islam. Nabi Muhammad wafat pada hari isnin 12 Rabiul Awal tahun ke sebelas hijrah ketika umurnya 63 tahun.


“Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyintai daku lebih daripada cintanya kepada kedua ibu bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia sekalianya”.
(maksud hadis)

Thursday, November 6, 2008

7 Reasons Business Fail

7 Reasons Entrepreneurs Can't Grow Their Business

Most small business owners never get past the equivalent of a self-employed
practice with help. Businesses with up to 10 employees are usually oriented around
the skills of their owners. The other people assist and the business owner
provides the core talent to deliver client or customer results.

Where there are two or three owners, sometimes this may grow to 20 or 30 people,
but the same point holds true. You usually find that you have one owner for up to
10 employees, or “helpers”. This still falls into the “S” category, identified by
Kiyosaki in his book The Cash Flow Quadrant.

Why do small business owners get stuck into “S” type businesses? We have
identified 7 core factors that account for this unfortunate truth.

1. Small business owners are good at serving their clients and customers, not at
growing businesses. They have their success due to their diligence at plying their
skill, whether it be in dentistry, landscape architecture, or hanging door frames.
The skills at generating customer satisfaction are where these entrepreneurs
thrive, not in growing a business that offers that service.

2. These people have never grown a “B” type business before. I rarely meet anyone
who currently has a $1 million, a $2 million or even a $5 million business who has
experienced owning and operating a $10 million business in the past. This lack of
experience in running a larger business shows. People just aren’t sure how to
grow. This keeps these owners stuck in their smaller businesses, unable to grow
them to the size they want.

3. Many small business owners are under the misguided notion that hard work and
plenty of it will get them their goals. This is simply not true. Productivity is a
function of design and structure, not your good intent, and not your hard work.
Hard work just won’t get it done. Like it or not, that is a fact. Without the
appropriate structure, you can work all you want, but you won’t achieve the
results you desire. Most small business owners fail to recognize that fact.

4. Most small business owners get caught in a “success-trap” within an “S” type
business. I have seen it often, where people are so good at what they do that they
attract many loyal repeat and referral customers to them, all with individual
needs that must be addressed. This increased demand eats up the owner’s time,
leaving little if any time to design and grow the new, larger business. Yes,
success can be a trap that thwarts you from your goals.

5. Most business owners don’t know how to train others or transfer what they do to
other staff. You may have gained a loyal following from your intuitive skills, but
that is very different from a distinct set of skills called training and
transferring your knowledge to teach others your profession. Without this
additional competency, it is very difficult to scale at the level needed to become
a “B” type business.

6. Owners of “S” type businesses don’t know the perspective that is required to
develop and operate a “B” type business. People who own and run “B” type
businesses think of things from a much different perspective. While an “S” person,
when faced with a challenge, will think, “How can I get that done for my client”,
a “B” type person will look at the same issue and say, “How can my business be
structured (without me) to tap this opportunity for all future clients?” Subtle,
but very different thought processes leading to vastly different results.

7. There hasn’t been a place to go to learn how to take a business from “S” to
“B”. Most available training either require small business owners to adopt large
business methodologies (which do not usually work in smaller businesses). They are
expected to stop their own companies and try to build their own business like a
franchise of hundreds of locations, while still trying to make ends meet. None of
these strategies has proven to consistently work to move the owner of an “S” type
business into the “B” realm.

Our goal at Kaizen Consulting is to do just that: support people who own “S” type
businesses in growing them into strong and profitable “B” type businesses. We have
found that if an owner is effective at delivering a strong customer experience of
value at their current size, we can help them meet their goals for growth.

Keep reading as we keep posting to our blog. We will continue to provide skills,
tools and perspectives that will allow you, the small business owner, to grow your
business, in support of your own goals and commitments in life.

Thursday, October 9, 2008

Idul fitri…kemenangan @ kekalahan

Idul fitri…kemenangan @ kekalahan

Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Mungkin tidak terlambat lagi untuk saya menulis dan mengucapkan hari raya. Semoga dapat kita kongsi bersama…

Idul fitri @ nama sebenarnya merupakan hari untuk semua muslimin & muslimat menyatakan rasa syukur kepada Allah s.w.t. perayaan kesyukuran ini disambut kerana umat islam telah Berjaya menghadapi Ramadan al Mubarak serta berjaya mentarbiyah dirinya supaya selari dengan fitrah sebagai manusia…

Tapi yang menjadi persoalannya, adakah idul fitri itu betul-betul telah menjadi satu kemenangan bagi kita? Dalam surah asy syams ayat 9-10, Allah berfirman yang maksudnya “sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah2 bersih (dengan iman dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih itu) surut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran dan kemaksiatannya)”…

Cuba kita ungkit kembali Ramadan kita, sebulan berpuasa adakah kita menepati garis yang nabi anjurkan…sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan bersungguh2…
Sesetengah daripada kita menjadikan syawal itu sebagai pampasan kepada penderitaan Ramadan dengan menyambut hari raya sebulan lamanya. Ini semua berpunca daripada media yang telah menjadi GURU PERTAMA rakyat Malaysia. Di pertengahan ramadhan lagi, telah dinyanyikan lagu2 raya malah di bulan syawal dipenuhi dengan konsert2. Mereka umpama mengejar budaya hedonisme dalam ibadat raya. Dalam surah hud Allah memberi amaran kepada mereka yang mana lebih mementingkan dunia…bermaksud “barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan itulah orang2 yang tdk memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia2 lah apa yang telah mereka kerjakan”

Ramadhan juga merupakan satu university yang boleh dimasuki oleh semua umat islam. Lumrah university sebagai tempat belajar, latihan, dan pentarbiyahan. Namun apabila keluar daripada university ramadhan, kita menjadi lebih teruk dan tidak dapat istiqamah dengan latihan2nya, maka KEMENANGANKAH bagi kita??? ...

Monday, August 18, 2008

sebagai renungan bersama

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makan ke atas lantai.Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita alat mewarna. Kita membalas budinya dengan mencontengkan dinding di rumah.Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.Semasa kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit “ SAYA TAK MAHU KE SEKOLAH”.Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membeli belah dan ke rumah kawan. Kita membalas budinya dengan tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budinya dengan asyik menonton TV sebaik Ibu keluar dari rumah.Semasa kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan kita setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan menguncikan diri dan bersendirian di dalam bilik.Semasa kita berumur 17 tahun, Ibu menangis gembira apabila kita lulus cemerlang dalam peperiksaan. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.Semasa kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang simpanan yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg hingga ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu dengan tidak bersalaman dengan Ibu, takut malu dilihat kawan-kawan.Semasa kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin hubungan kita dengan pasangan bercinta kita. Kita membalas budinya dengan berkata “IBU NI KEPOHLAH”Semasa kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita apabila tamat pengajian nanti. Kita membalas budinya dengan berkata “ SAYA TAK MAHU JADI MACAM IBU”.Semasa kita berumur 25 tahun, kita mendirikan rumahtangga, Ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan berpindah 300 km jauh darinya.Semasa kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi kita. Kita membalas budinya dengan berkata “ZAMAN SEKARANG LAIN IBU”.Semasa kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampong. Kita membalas budinya dengan berkata “SAYA SIBUK..”.Semasa kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang kita. Kita membalas budinya dengan datang melawat dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.…. Dan kemudian pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat lagi membalas segala budi Ibu. Ingatlah selagi Ibu masih ada, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu meninggal dunia, ingatlah jasa Ibu. Jadilah anak yang soleh yang sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraannya

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template